Rabu, 9 November 2011

...

Langit kelihatan gelap. Awan mendung berarak dan semakin melindungi sinar mentari. Kesuraman petang ini tidak dapat dibandingkan dengan kesuraman hatiku. Hatiku yang suram, kelam dan sedih pilu.


Aku capai gagang telefon bimbitku dan dail sebaris nombor. Beberapa saat kemudian aku dengar suara seorang wanita di hujung talian.


''Hello'', ujarnya dalam sendu. Aku agak dia baru lepas menangis.


''Kau dah dengar kan berita tu?''


''Ya aku dah dengar. Malah aku sudah tahu dulu sebelum kau''.


 Aku diam sebentar. Kehilangan kata-kata. Aku tercari-cari perkataan yang sesuai untuk dibicarakan.


''Aku tahu kau sedih. Aku pun terkejut jugak. Kau sabarlah. Allah lebih sayangkan dia''.


''Hmm''.


''Kuatkan semangat tu. Kau jangan menangis tau''.


 Selepas memberikan sedikit kata-kata semangat, aku letak gagang telefon. Aku terduduk atas kerusi dan tunduk. Beberapa titis air berlinangan di pipi dan gugur ke tanah.