Selasa, 26 Julai 2011

Mereka Berdua Buatkan Aku Tersenyum

Dia ibarat pelangi.
Sangat berwarna-warni dari utara ke selatan.
Mewarnai setiap hidupan di bawahnya,
Menyenangkan hati sesiapa yang menatapnya.
Senyumannya ibarat bunga api,
Yang sangat meriah,
Yang sangat bercahaya.
Menceriakan wajah sesiapa yang melihatnya.
Suaranya ibarat mercun naga,
Lantang dan bersahaja,
Namun boleh membuatkan hatiku meletup-letup.
Setiap kali melihatnya, aku seperti mahu tersenyum.

Setiap kali melihatnya, aku mahu berbicara dalam Bahasa Inggeris, aku mahu bermain bola keranjang, aku mahu botakkan kepala, aku mahu menyertai kawat kaki, aku mahu jadi naib pengerusi BSMM di sekolah, aku mahu jadi AJK Kelab Pencinta Alam, dan aku mahu jadi pelajar harapan sekolah.
Aku mahu jadi segala-galanya apabila aku lihat dia.


Dan bila aku lihat kau,
Aku juga seperti mahu tersenyum.
Kerana kau juga seperti pelangi.
Kau juga seperti bunga api.
Kau juga seperti mercun naga.
Setiap kali aku melihat kau, aku BENAR-BENAR tersenyum.


Setiap kali aku melihat kau, aku mahu mengubah profesion kepada seorang chef, aku mahu jadikan Bob Marley sebagai penyanyi kegemaran, aku mahu tersengih-sengih ketika wanita cantik lalu dihadapan, aku mahu menulis dengan tangan kiri, aku mahu punya anak buah yang ramai, aku mahu menyebut ‘s’ dengan sebutan pelat, aku mahu menjadi penjaga gol dan aku mahu tersenyum bangga serta mengucapkan terima kasih kepada anjing yang menyalak padaku.
Aku mahu jadi segala-galanya apabila aku lihat kau.

Kau dan dia mempunyai satu persamaan;kedua-duanya mampu membuatkan aku tersenyum.
Namun, tahukah kau yang dia tidak pernah buatkan aku menangis seperti yang kau telah buat.
Dia tidak pernah buatkan aku benci seperti yang kau telah buat.
Dia tidak pernah buatkan aku kesedihan seperti yang kau telah buat.
Dia tidak pernah buatkan aku terasa dikhianati seperti yang kau telah buat.
Dia tidak pernah buatkan aku terluka seperti yang kau telah buat.
Dan tahukah kau? Dia juga tidak pernah sesekali membuatkan aku kerinduan dan tidak keruan seperti yang kau telah buat.