Selasa, 26 Julai 2011

Tahun 2001, Aku Sepatutnya Dah Mati

Aku sedang berlari-lari dari dapur hingga ke ruang tamu. Aku merasakan kebosanan yang amat pada ketika itu. Dan ketika itu aku lihat Jiran 1 dan Abang 2 sedang bermain di luar. Mengapa mereka tak ajak aku bermain bersama? Aku mahu bermain bersama mereka. Lalu aku bertanya pada mak 1, ‘’Nak main kat luar boleh?’’. Mak 1 menjawab, ‘’Tak boleh, duduk dalam rumah.’’


Aku tetap mahu bermain di luar bersama Jiran 1 dan Abang 2. Aku tidak peduli lagi. Di saat aku melangkah keluar dan berlari ke arah Jiran 1 dan Abang 2, aku terdengar suara jeritan. Dan dengan serta merta pandangan aku menjadi gelap.


Apabila aku buka mata, aku rasa haus. Aku nampak muka mak 1, ayah, dan abang 1. Aku juga nampak muka semua yang aku sayang. Aku minta air pada mak 1 tapi mak 1 tak berikan pada aku. Aku kata aku haus dan mahu minum air, tapi mak 1 marah aku.


Aku rasa seperti badan aku terlalu ringan. Aku rasa seperti sedang diangkat terbang ke atas. Aku rasa terlalu penat. Lalu, aku pejamkan mata dan tidur sebentar.


Pada ketika itu, mungkin aku sepatutnya dah mati. Dan aku berharap yang aku sudah benar-benar mati ketika itu. Jika aku mati ketika itu, pastilah Izrail tidak begitu keras menjalankan tugasnya. Pastinya ringan sedikit tugas Munkar dan Nakir. Dan pastinya Ridwan yang bakal menantiku.


Namun, jika sekarang ini baru Izrail mahu datang bertemuku, pasti tugas Munkar dan Nakir bakal rumit sedikit. Dan aku jangka, pasti Malik yang bakal tersenyum menyambut kehadiranku.