Selasa, 26 Julai 2011

Kisah Seorang Kawan Lama

Semalam, aku tonton sebuah rancangan realiti WWE Smackdown di televisyen. Rancangan itu dipenuhi unsur ganas dan sudah sangat pasti ianya tidak bersesuaian untuk tontonan kanak-kanak bawah umur 18 tahun. Ditambah pula dengan unsur kurang sopan yang memaparkan lelaki bertubuh sasa berentap antara satu sama lain hanya dengan memakai seluar dalam.


Kemudian, aku teringatkan seorang kawan lama. Dahulu, dia merupakan peminat setia rancangan realiti itu. Dia bukanlah sekadar peminat setia, malahan peminat fanatik. Dia akan pastikan dia tidak ketinggalan menonton setiap episod rancangan itu. Almari yang sepatutnya dipenuhi dengan buku-buku rujukan dipenuhi dengan keratan akhbar ahli gusti kegemarannya. Duit saku yang diberikan ibunya setiap hari tidak diusik hanya untuk melengkapkan koleksi DVD rancangan itu. Bilik tidurnya juga dipenuhi dengan poster-poster ahli gusti kesayangannya. Dia terlalu obsess dengan rancangan itu sehingga percakapannya juga dipengaruhi oleh rancangan itu. Setiap kata-katanya akan diselitkan dengan ayat seperti ‘’Can you smell what’s the rock is cooking’’ dan ayat-ayat yang seumpama dengannya.


Namun seperti yang aku katakan tadi, dahulunya dia adalah peminat setia rancangan itu. Sehinggalah pada suatu hari dia mendapat tahu bahawa rancangan itu tidaklah ‘’serealiti’’ seperti yang disangka. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata. Darah yang keluar apabila ditumbuk hanyalah sos cili semata-mata. Ambulans yang datang ketika kononnya salah seorang peserta teruk dibelasah hanyalah pakatan semata-mata. Bandage yang dipakai pada leher dan lengan hanyalah gimik semata-mata. It’s all just a fucking lie.


Ketika itu dia merasakan bahawa dunia ini terlalu kejam padanya. Dengan serta-merta DVD yang dahulunya menemaninya ketika malam sepi sudah mendapat tempat di tong sampah. Keratan akhbar dan poster-poster yang menghiasinya bilik tidurnya dicabut dan dijual kepada apek surat khabar lama.
   
Dan kini, demi untuk mengubati kedukaannya, dia beralih kepada penyanyi rap terkenal itu. Kali ini dia pasti yang dia tak akan ditipu hidup-hidup lagi. Dia bahagia dengan idolanya itu. Dan sekarang percakapannya tak dapat difahami sepenuhnya kerana temponya juga laju bak penyanyi rap itu.