Isnin, 25 Julai 2011

Kata Penambah Rasa

Pernah dengar kan peribahasa lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji? Baguslah kalau kau pernah dengar, tak perlu aku susah payah terangkan. Kalau tak pernah, pergi cari sendiri dalam kamus, jangan nak menyusahkan aku.


Aku bercakap tentang janji. Aku ingat sekecil-kecil dan seremeh-remeh perkara yang pernah orang janjikan pada aku. Pernah pada suatu ketika aku merasakan yang aku tersangat mahukan janji-janji itu ditunaikan. Kadang-kala aku tak pedulikan semua itu. Aku cuma mahu hak aku ditunaikan.


Manusia terlalu senang melafazkan janji. Mungkin mereka berjanji hanya untuk menyedapkan hati. Bak kata aku, sekadar kata penambah rasa. Jangan berjanji jika kau tak mampu tunaikan, that’s all.


Bila aku berjanji dengan orang, aku rasakan seperti ada beban yang menghempap badan aku. Satu janji, satu beban. Dua janji, dua beban. Aku sangat tak suka apabila aku harus berjanji. Bagi aku, janji-janji yang tidak ditunaikan itu akan dianggap sebagai ‘hutang’.


Setahu aku, ada beberapa hutang orang pada aku yang dah dihalalkan. Mungkin aku dah tak perlukan itu semua. Namun kepada orang yang berhutang pada aku, faham-faham aje lah yee.
Aku dah penat nak perbesarkan, tapi aku akan tetap simpan dalam hati. And now I start to feel that all these promises are pissing me off.