Jumaat, 1 Julai 2011

Parody Cerita Untuk Kamu



Mari dekat kawan-kawan, aku ada satu cerita. Benarkan aku berbisik di telinga kau. Cerita ini perlu disampaikan dalam nada perlahan.

Jangan risau, bukan cerita hantu. Aku cuma mengalami sakit tekak kerana kecenderungan minum minuman berais kebelakangan ini.

Ini adalah mengenai coklat.

Tetapi ini bukan iklan yang kau tonton di kaca televisyen mahupun yang kau dengar di corong radio. Di sini tiada dua orang kanak-kanak yang mengerakkan keningnya mengikut rentak dan irama musik. Cerita ini juga tiada Mr Johny Depp dan chocolate factory nya.

Jika ada, mungkin hanyalah unsur sains makanan iaitu coklat.

Cerita aku bukanlah cerita yang bermula dengan "on a beautiful Sunday morning" dan berakhir dengan "they lived happily ever after."

Kerna itu cerita ini jarang sekali diceritakan kepada kamu. Cerita ini menemukan realiti sebenar coklat, manis dan menggemukkan.

The dark side of the chocolate; inilah bahagian yang paling aku tak gemari kerana kepahitannya.

Ingat semua, jangan makan coklat jika kau takut gemuk. Jika kau mahu jaga badan, jangan kesal jika harus melepaskan coklat menggiurkan itu. Itu sacrifice. Jika kau tetap berdegil, kau harus berani tanggung risiko. Dan aku sanggup. People called it madness, tapi aku namakan cinta.

Ini bukan catatan kosong. Ini bukan catatan loser atau apa-apa. Cuma lakaran minda separuh masak bersama pengakuannya, Aku lebih rela dibiarkan sendirian dariapada tenggelam dalam tujuh lautan. Jujurnya, aku tak pandai berenang.

\Apa yang akan aku ingat, kisah ini tentang kecintaanaku terhadap coklat. Kekuatan rasa cinta dan nafsu makan yang kuat.

Kadang-kala, parody ini perlu wuud walaupun agak terlewat.
Ia masih dinamakan tulisan. Ia wujud disebalik rasa cinta ini.

Aku pasti kau tak akan baca post ini.
Maafkan aku tak mampu tunaikan permintaan kamu.

Ketahuilah, aku masih sayang sama kamu.
Aku makan coklat semalam, aku nampak dan ingat kamu; sentiasa.