Cuti 2 minggu ni rasa macam sangat sekejap. Aku tak puas makan tido makan tido kat rumah. Rutin harian aku masa cuti ni ialah menggemukkan badan. Bagus, bukan?
Aku akan makan bila rasa bosan. Aku akan makan bila rasa marah. Kesimpulannya, hobi aku memang makan, makan dan makan. Malangnya, kadar metabolisma badan aku tidaklah terlalu tinggi. Sebab itulah badan aku jadi begini.
Tapi pada satu hari, entah mambang mana yang dah masuk dalam badan aku ni. Tiba-tiba aje aku rasa macam nak pegi joging. Sekurang-kurangnya, ada jugaklah aktiviti berfaedah yang aku buat.
Bila aku sampai taman rekreasi tu, aku jalan-jalan sambil hirup udara segar. Aku joging dua tiga tapak, kemudian aku duduk. Cantik betul pemandangan kat situ.
Dalam masa setengah jam, aku pun blah dari situ kemudian pergi makan. Roti canai dengan milo ais kat situ memang sedap sampai aku tambah berkali-kali. Hmm, korang rasa berbaloi ke aku pergi joging hari tu?